Pages

Saturday, June 23, 2012

Thursday, June 14, 2012

Amanah Seorang Muslim


Semua makhluk Allah telah  ditetapkan tugas dan amanah masing-masing. Sebagai contoh bumi yang kita diami juga mempunyai peranannya yang tersendiri. Bumi yang terletak 93 000 500 batu daripada matahari mentaati perintah Allah supaya berputar di atas paksinya dan beredar mengelilingi matahari dengan kelajuan kira-kira 65 000 batu sejam. 

Manusia pula merupakan makhluk Allah yang paling unik , manusia mempunyai peranan dan tugas yang lebih besar daripada tugas seluruh makhluk ciptaan Allah, tugas yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk-makhluk yang lain yang lebih besarsaiznya seperti gunung-ganang ,bumi ,langit dan sebagainya seperti firman Allah bermaksud:

        "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang untuk memikulnya, tetapi mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya kerana mereka tidak mempunyai kesediaan untuk memikulnya. Pada ketika itu manusia dengan persediaan yang padanya sanggup memikulnya. Ingatlah bahawa sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia suka melakukan kezaliman dan suka membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" (Al-Ahzab : 72)




                Tugas dan peranan besar yang dipikulkan Allah kepada kita sebgai khalifah Allah di muka bumi  adalah tugas kita sebagai khalifah Allah.Firman Allah yang bermaksud :
        "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi." (Al Baqarah: 30) 

                Persoalannya adakah kita telah melakukan kewajipan dan  amanah kita sebagai khalifah Allah dengan sebaiknya.? Allah telah menyatakan apakah tujuan kita hidup di atas muka bumi ini sebagai mana firman Allah dalam surah Al-Dzariyat ayat 56:
        " Ingatlah ! Aku Tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada Ku." (AL- Dzariyat : 56)
                Bagaimanakah keadaan kita pada hari ini..?Adakah ini yang kita lakukan?

 
  Perkongsian :
Nur Amirah Najwa Bt Ghazali
Pengerusi HELWANI sesi 2012/2013

Wanita Pohon Semalu


WANITA POHON SEMALU


Ya Allah…
Dijalanmu Kami berjalan..
Wanita Solehah sebagai tujuan..
Memperbaiki diri sampai menemukan tambatan..
Rencanakan dari semua perencanaan yang akan Engkau berikan..
Dalam sujudku selalu memohon ampunan..
Untaian doaku mengucap syukur yang tak dapat ku ungkapkan..
Dalam solatku aku memohon keteladanan..



Melihat senario kaum Hawa dewasa ini, tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya ? Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yang disusun-Nya ? Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama? Ingatlah duhai muslimah. Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. Hanyalah redha-Nya yang kita impikan, bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkan.

"Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." (Mutafaq 'alaih)

Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah.

Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik ! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu...

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..." (Mutafaq 'alaih)

Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana. Begitulah rahsia kecantikan wanita yang sebenar.

Sebuah hadis Nabi  Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:
"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan
kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan
lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila
seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang
beriman, oleh itu berjaga-jagalah"

Duhai wanita jadilah seperti analogi pohon semalu yang mana sebuah pohon yang adanya batang dan daun walaupun tiada keindahan padanya yang bias menarik perhatian. Kedudukan erada di celahan lalang dan daunan. Begitu kerdil dirinya sehingga tiada yang sedar akan kewujudannya. Namun apabila menyentuhnya.. dia akan terus menyembunyikan dirinya. begitu tinggi nilainya hanya insan yang "terpilih" yang bisa di hatinya. Namun perasankah kita, pohon semalu ada keindahanya, kerana dia juga ada bunganya. Namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya. Wanita solehah menyimpan keindahan dirinya untuk sang suami yang dirindui. Wanita solehah akan bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya.. maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah. Wanita solehah apabila hanya membburu cinta Illahi. disinilah dia menunjukkan keindahan sebenarnya. itulah pohon semalu.. hanya kelihatan daun dan batang berduri.. tiada satu pun indah untuk melihatnya.. namun apabila tiba masanya.. ia bisa mengeluarkan bunga yang selama ini disembunyikan.

Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya. Salam Solehah dr Helwani. 

Coretan :
Norliyana Bt Mohd Noor
Mantan Pengerusi Helwani sesi 2010/2011

Tuesday, June 5, 2012

Sirah : Kesyukuran Saidatina Maryam

Bismillahirahmanirahim,
Apabila menyebut nama saidatina Siti Maryam r.a, pastinya kita teringat tentang kisahnya yang melahirkan puteranya, Nabi Isa a.s. Namun, tahukah kita tentang latarbelakang dan kisah silam wanita yang telah dijanjikan sungai untuk mengalir dibawahnya oleh Allah s.w.t ini? Mari kita selami bersama-sama.

Bapa Saidatina Maryam r.a bernama Imran, manakala ibunya bernama Hannah binti Faqudz. Pada mulanya, Hannah tidak mempunyai seorang pun cahaya mata walaupun cahaya mata walaupun mereka telah lama berkahwin. Namun, pada suatu hari dia mimpi tentang seekor ibu burung memberi anak kecilnya makan di mulutnya, dari situ, tercetus perasaan untuk betul-betul memiliki seorang cahaya mata dalam dirinya. Dia selalu berdoa kepada Allah supaya hajatnya untuk mempunyai seorang anak termakbul, dan pada suatu hari Allahs.w.t telah memakbulkan doanya itu. Hannah juga bernazar bahawa anak yang dikandunginya itu akan dibiarkan sepenuhnya untuk beribadah dan menguruskan Baitul Maqdis.
Apabila masanya telah tiba, dia pun melahirkan bayi didalam kandungannya itu. Namun, Hannah berasa kecewa apabila mengetahui bayi yang dilahirkan itu adalah seorang perempuan. Dia berkata didalam hatinya, “Ya ALLAH s.w.t aku melahirkan anak perempuan. Dan Engkau lebih mengetahui tentang keadaan seorang perempuan. Akan tetapi, aku yakin bahawa ALLAH s.w.t. dalam menciptakan makhluk-NYA mempunyai tujuan tersendiri.” Namun, ibu mana yang tidak sayangkan anaknya, dia terus berdoa kepada Allah s.w.t memninta pertolongan dan perlindungan puterinya itu serta keturunannya dijauhi dari syaitan yang terkutuk dan menamakan bayi tersebut Maryam.
Allah s.w.tmenerima nazar Hannah sehingga puterinya membesar menjadi anak yang baik. Allah juga menjadikan Maryam seorang wanita yang wajahnya cantik dan sedap dipandang mata. Setelah berapa lama, Zakariya pula yang mengasuh Maryam kerana pada ketika itu dia telah menjadi seorang anak yatim. Zakariya merupakan suami kepada emak saudara Maryam. Maryam menjadi semakin tekun beribadah apabila umurnya semakin meningkat. Pada suatu ketika, tatkala Zakariya pergi ke tempat persendirian dimana Maryam beribadah, dia terkejut melihat adanya buah-buahan yang sepatutnya berbuah pada musim sejuk didalam biliknya sedangkan pada waktu itu adalah musim panas.
Lalu Zakariya bertanya kepada Maryam dari mana dia mendapatkan buah-buahan itu. Maryam menjawab bahawa jangan dipersoalkan rezeki yang Allah s.w.t telah berikan kerana bahawasanya ALLAH s.w.t memberikan rezeki kepada orang yang dikehendaki-NYA dengan tanpa hisab (hitungan).
Demikianlah sikap Maryam yang sentiasa bersyukur dengan apa jua yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepadanya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang hambaNya perlukan. Antara pengajaran yang kita boleh dapat dari kisah Hannah, ibu kepada Maryam serta Maryam sendiri ialah, kadangkala Allah s.w.t beri kepada kita apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita hendak. Sesungguhnya dia maha mengetahui segala sesuatu. Jadi sebagai seorang hamba yang taat kepada agamaNya, janganlah kita mengeluh andai Allah tidak memberi apa yang kita kehendaki, sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Wallahua’lam.






Judul : Sesuci Mariam
Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : NICE
http://liriknasyid.com

Hati mana yang tidak gembira
Bakal memiliki cahayamata
Penyambung zuriat keturunan
Hadir membawa bahagia

Namun dalam kegembiraan itu
Terselit duka yang meruntun kalbu
Insan yang bakal dilahir ke dunia
Tak tahu asal usulnya

Ribut pasir di gurun membara
Tak sehebat kalut di dalam jiwa
Apa jawabmu bila ditanya….
Janin yang membesar di rahimmu…siapa bapanya
Sedang dirimu yang masih suci tiada ternoda

Saidatina Mariam perawan mulia
Tabah kau hadapi dugaan melanda
Saidatina Mariam wanita solehah
Kebenaran terbukti pada yang tak bersalah

Akhlak yang terpuji dan berperibadi yang tinggi
Menjadi pakaian dan perhiasan diri
Sehingga Allah memilih rahimmu yang suci murni
Untuk menghamilkan Isa…seorang nabi

Kau solehah...


Artis : NICE
Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)
Penerbit : Nazz Music Entertainment (M) Sdn Bhd

Karya : Nurul Saadah Bt Norli 
Sahabat Iqra' & Helwani
Lujnah Penerbitan Informasi & Multimedia

Saturday, June 2, 2012

Man Jadda Wajada



       Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera sahabat-sahabat semua khususnya kepada mahasiswi sama ada Muslim atau Non-muslim, sedar tak sedar kita kini hampir penghujung semester. Minggu ini adalah minggu ulangkaji pelajaran, ada juga pensyarah yang masih mahu meneruskan sesi belajar secara tak formal dalam kelas dek kerana tidak mahu membuang masa begitu sahaja dan minggu yang sibuk dengan lawatan subjek dan tak lupa minggu yang sarat dengan pembentangan projek lebih-lebih lagi kepada pelajar PSM (Projek Sarjana Muda). Sungguh cukup teruji.
Satu minggu lagi, kita akan bakal menempuhi medan jihad akademik, belajar hampir 4 bulan tapi diuiji diuji hanya dengan sehelai kertas putih selama beberapa jam sahaja. Sudah bersediakah kita?. Semakin hampir tarikh peperiksaan, semakin tinggi pula rasa bimbang dan takut. Situasi seperti ini adalah lumrah bagi sesiapa sahaja yang bakal menduduki peperiksaan. Jangan takut sahabat-sahabat, medan peperiksaan bukanlah segalanya bagi kita. Medan peperiksaan hanyalah tempat untuk menguji sejauhmana tahap kefahaman kita terhadap ilmu- ilmu yang telah kita pelajar.

       Untuk berjaya tentu sekali memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh, namun usaha yang serius perlu diiringi dengan sistem dan kaedah belajar yang terancang dan sistematik. Bukan pointer tinggi yang kita kejar, tetapi sejauh mana kita menghayati ilmu yang telah kita pelajari. Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal (DUIT) merupakan kunci kejayaan bagi kita. Harus diingat juga, dikala kesibukan sahabat-sahabat dalam menghadapi exam, jangan dibiarkan diri sahabat-sahabat dibuai arus exam sehingga mengabaikan keadaan dan isu-isu semasa yang terjadi disekeliling. Jangan mengambil peluang untuk pergi ke tempat-tempat hiburan yang melalaikan sebagai alasan untuk melepaskan tekanan. Dalam Islam sudah dianjurkan bagaimana sebenarnya mengatasi tekanan iaitu dengan beribadah, berwudhuk, beriadah dan melihat kebesaran Sang Pencipta. 



“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45

Akhir kalam, saya mendoakan agar kita semua dipermudahkan menjawab soalan peperiksaan yang bakal tiba dan mudahan segala apa yang kita pelajari di dalam kelas akan kita ingat semasa hendak menjawab soalan nanti. Semoga kejayaan milik kita bersama.

“Tiadalah sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki”.






Nukilan :
Saudari Nur Liyana Bt Jamil
Timbalan Pengerusi Helwani Kelab Iqra' UTHM sesi 2012/2013

Wednesday, May 16, 2012

Nusrah Allah S.W.T


Assalamualaikum. w.b.t
Alhamdunillah, syukur atas nikmat iman dan Islam yg telah Allah s.w.t telah berikan kepada hamba-hambaNYA yang terpilih.
Buat warga UTHM & semua pembaca.
Perkongsian saya di atas jalan dakwah ini kerana semuanya adalah kehendak Allah s.w.t.

Nusrah Allah (Pertolongan Allah)

Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah Taala berfirman: " Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. 
(Hadis dari Abu Hurairah ra, Shahih Muslim No.4832).

Pernahkan kita mendengar hadith tersebut?
Lalu bagaimana usaha kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. 

Contohnya, cuba kita teliti atau semak diari kehidupan kita, lebih-lebih lagi kehidupan sebagai mahasiswi dan daie Allah. Kalau diikutkan memang tak cukup masa yang diperuntukkan kepada kita selama 24 jam itu. 

Tapi, bagaimana pengurusan masa seseorang mahasiswi tersebut dalam pada masa yang sama sebagai daie Allah.Walaupun sudah merancang untuk melaksanakan tugasan kita dengan sebaiknya seharian itu, tetapi ada sahaja yang tidak sempat kita laksanakan. Masya-Allah…


Tapi jika kita mendatangi atau mendekatkan diri kita pada Allah, insya-Allah pastinya Allah mudahkan urusan kita pada hari itu. Subhnallah…
Contohnya, membaca Surah Yasin seusai solat subuh, membaca Al-Mathurat dan membaca kalam Allah dalam Quran insya-Allah pastinya Allah permudahkan urusan kita.

Seperkara lagi, ucapkanalah syukur, syukur kepada Allah bahawa Dia ingat akan kita berbanding hamba-hambaNya yang lain. Istimewanya kita pada hari tersebut, Dia mudahkan segalanya buat kita. Alhamdulillah…

Marilah sahabat-sahabat, saya yang masih dalam proses mencari ilmu ini berusaha untuk mengajak kalian ke arah kebaikan. Jom kita sama-sama berusaha mendekatkan diri kita pada Allah, insya-Allah..
Wallahua’alam…


Nukilan :
Nur Liyana Bt Jamil
Timbalan Pengerusi HELWANI Kelab Iqra UTHM sesi 2012/2013 


Sesi Bila Hati Bicara




 
UTHM, 11 Mei 2012 ,Jumaat- Persoalan hati amat sukar ditafsir malah jika disalahtafsirkan, Ia  bakal mengundang seribu satu masalah. Penampilan khas Cik Nurul Farhaini dan Puan Ziana Che Ros dalam  satu perjumpaan rasmi bersama mahasiswi UTHM yang bertemakan `Bila Hati Berbicara` sedikit sebanyak menyedarkan semula mahasiswi berkenaan permasalahan moral yang tidak mustahil akan terjadi pada diri mereka juga. Sentuhan jiwa dari Cik Farhaini dikukuhkan lagi dengan bicara hati dari Puan Ziana Che Ros selaku pengetua kolej kediaman Tun Fatimah (KKTF),yang turut memaklumkan bahawa statistik masalah moral seperti kes zina, khalwat dan pengguguran janin di kalangan mahasiswi UTHM yang kian meningkat. Perkara ini amat mengusarkan ibu bapa serta pihak universiti selaku `ibu bapa kedua` setiap mahasiswa yang jauh dari kawalan keluarga mereka. Maka, wajarlah setiap mahasiswa diberi kesedaran melalui program-program seperti ini mengenai tanggungjawab masing-masing terhadap diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.


   Perjumpaan bersama mahasiswi UTHM seramai 58 orang dan turut disertai oleh pelajar bukan Islam ini adalah perjumpaan yang julung kalinya untuk tahun 2012 anjuran Helwani Kelab Iqra` UTHM. Perjumpaan tersebut berjalan dengan lancar di dewan aktiviti KKTF pada 11 Mei 2012 bermula pukul 12.30 tengahari dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Majlis diakhiri dengan deklamasi sajak sentuhan hati oleh saudari Eza Fahrina serta penyampaian cenderamata oleh penganjur  kepada penceramah dan hadiah bertuah bagi peserta yang hadir.



 Terima kasih yang hadir memeriahkan majlis dan membantu secara langsung & tidak langsung. Teruskan menyokong HELWANI. We love HELWANI <3
 













 Dilaporkan Oleh :
Noor Azila Bt Johari
Timbalan Lujnah Penerbitan & Informasi Kelab Iqra' Sesi 2012/2013