Pages

Sunday, September 19, 2010

MY LOVE LETTER




Pada 20 Ogos 2010 bertempat di Dewan Kuliah 2, Kelab Iqra’ telah menganjurkan Kuliah Feqah An-Nisa (KFN) yang kedua untuk sesi ini yang bertajuk “ My Love Letter’. Kuliah ini adalah di bawah pengurusan unit HELWANI Kelab Iqra’. KFN merupakan kuliah khusus untuk kaum hawa(wanita) sahaja.

Friday, July 30, 2010

WARKAH UNTUK PUTERIKU

“Sukacita,  anda ditawarkan ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ”, berulang kali aku membaca keputusan yang disemak secara online pagi tadi.  Otak ku ligat berputar memikirkan untuk pergi atau  tidak. Sebabnya,pilihan pertamaku bukan di situ. SMS ku hantar kepada rakan- rakan  karibku yang  sama-sama belajar di kota metropolitan selama tiga tahun menghabiskan pengajian di peringkat Diploma. 

Thursday, July 22, 2010

DAPATKAN EDISI TERHAD



EDISI TERHAD Risalah Permata Hati

Unit HELWANI Kelab Iqra' UTHM


AKU TERIMA NIKAHNYA...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca sekalian. Sudah seminggu sesi pembelajaran baru untuk sesi 2010/2011 bermula. Diam tak diam, Kelab Iqra’ turut membuat sesi kuliah juga tapi berbentuk santapan iaitu santapan rohani. Pada 16 Julai 2010 bertempat di Dewan Teater 2, Kelab Iqra’ telah menganjurkan Kuliah Feqah An-Nisa(KFN) yang bertajuk “ Aku Terima Nikahnya’. 

Kuliah ini adalah di bawah pengurusan unit HELWANI kelab Iqra’. KFN merupakan kuliah khusus untuk kaum hawa(wanita) sahaja. Alhamdulillah, kuliah pembukaan KFN pada sesi kali ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai lebih kurang 130 hadirin yang terdiri daripada siswi dan staf wanita telah mengikuti kuliah yang dijalankan. 


Thursday, July 1, 2010

SELAMAT DATANG MAHASISWI BARU UTHM SESI 2010/2011




Helwani Kelab IQRA’ UTHM mengucapkan setinggi–tinggi tahniah kepada semua mahasiswi yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke semua IPTA dan IPTS seluruh Malaysia amnya dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) khasnya.
  
Dengan pelbagai program baru yang dirancang oleh Helwani Kelab IQRA’, diharap semua mahasiswi dapat melibatkan diri secara aktif  demi melahirkan wanita yang mampu bertahan dalam apa jua keadaan sekalipun.

Tuesday, June 8, 2010

PROGRAM ANGGUN AYU-Helwani KI

Program Anggun Ayu yang dijalankan pada 3 April 2010 yang lepas  dengan sasarannya warga mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia menampilkan kelainan dengan menjemput mahasiswi-mahasiswi sendiri untuk menabur bakti yang seiring dengan minat dan bakat mereka dalam senamrobik.  Kepada mereka yang sanggup meluangkan masa untuk berlatih dan menjadi jurulatih kami, Kelab Iqra sangat berterima kasih dan hanya Allah yang dapat membalasnya.  Slot senamrobik yang dijalankan selama 30 minit memberikan pelbagai gaya yang pastinya akan memberi impak kepada kesihatan yang baik jika senaman ini diamalkan. 
Sahabat-sahabiah yang dikasihi sekalian,