Pages

Thursday, July 22, 2010

AKU TERIMA NIKAHNYA...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca sekalian. Sudah seminggu sesi pembelajaran baru untuk sesi 2010/2011 bermula. Diam tak diam, Kelab Iqra’ turut membuat sesi kuliah juga tapi berbentuk santapan iaitu santapan rohani. Pada 16 Julai 2010 bertempat di Dewan Teater 2, Kelab Iqra’ telah menganjurkan Kuliah Feqah An-Nisa(KFN) yang bertajuk “ Aku Terima Nikahnya’. 

Kuliah ini adalah di bawah pengurusan unit HELWANI kelab Iqra’. KFN merupakan kuliah khusus untuk kaum hawa(wanita) sahaja. Alhamdulillah, kuliah pembukaan KFN pada sesi kali ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai lebih kurang 130 hadirin yang terdiri daripada siswi dan staf wanita telah mengikuti kuliah yang dijalankan. 



Tajuk telah dikupas dengan menarik sekali oleh penceramah jemputan, Ustazah Nazirah binti Abdul Rahim Antara yang telah dikupas adalah berkaitan hak serta tanggungjawab wanita di dalam menempuhi kehidupan sebelum, semasa dan selepas bergelar sebagai isteri dan ibu yang akan datang. Di mana, penceramah menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan wanita mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat. 

Disamping itu, KFN turut mengundang kumpulan nasyid wanita,di bawah unit kesenian HELWANI bagi menyampaikan lagu yang mendidik jiwa dan akhir sekali, para hadirin dijemput menjamu selera sebelum bersurai. Rasa ketinggalan,jangan risau…KFN merupakan kuliah berkala, jadi jangan lupa untuk nantikan kuliah kami yang seterusnya, banyak tajuk yang berkaitan wanita yang kita akan kupas bersama.InsyaAllah…Smile with KI~