Pages

Sunday, September 19, 2010

MY LOVE LETTER




Pada 20 Ogos 2010 bertempat di Dewan Kuliah 2, Kelab Iqra’ telah menganjurkan Kuliah Feqah An-Nisa (KFN) yang kedua untuk sesi ini yang bertajuk “ My Love Letter’. Kuliah ini adalah di bawah pengurusan unit HELWANI Kelab Iqra’. KFN merupakan kuliah khusus untuk kaum hawa(wanita) sahaja.



Alhamdulillah, kuliah kedua KFN pada sesi kali ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai lebih kurang 100 hadirin yang terdiri daripada siswi  telah mengikuti kuliah yang dijalankan. Tajuk telah dikupas dengan menarik sekali oleh penceramah jemputan, Ustazah Nazirah binti Abdul Rahim Antara yang telah dikupas adalah berkaitan My Love Letter yang mana dikaitkan dengan surat cinta dari kekasih.Dalam edisi kali ini,tajuk yang menarik ini membincangkan betapa cintanya ALLAH kepada hambaNYA kerana mengutuskan Al-Quran kepada hambanya sebagai panduan dan bimbingan agar terbimbing di jalan yang lurus.

 Hal ini selari dengan sabda baginda s.a.w yang bermaksud “Aku tinggalkan 2 perkara yang mana umatku tidak akan sesat iaitu Al-Quran dan Sunnah. Penceramah juga membandingkan bagaimana manusia mudah dilalaikan dengan cinta dunia sehingga melupakan cinta kepada yang maha pencipta.

Masalah-masalah sosial yang melanda remaja pada hari ini berpunca daripada faktor kurangnya didikan agama dari ibu bapa yang jelas menunjukkan bahawa remaja hari ini sudah tidak terdorong di jalan yang benar sebaliknya tersesat dalam nafsu duniawi.



Rasa ketinggalan?Jangan risau…KFN merupakan kuliah berkala, jadi jangan lupa untuk nantikan kuliah kami yang seterusnya, InsyaALLAH…banyak tajuk yang berkaitan wanita yang kita akan kupas bersama.

~Smile with KI~