Pages

Thursday, June 14, 2012

Amanah Seorang Muslim


Semua makhluk Allah telah  ditetapkan tugas dan amanah masing-masing. Sebagai contoh bumi yang kita diami juga mempunyai peranannya yang tersendiri. Bumi yang terletak 93 000 500 batu daripada matahari mentaati perintah Allah supaya berputar di atas paksinya dan beredar mengelilingi matahari dengan kelajuan kira-kira 65 000 batu sejam. 

Manusia pula merupakan makhluk Allah yang paling unik , manusia mempunyai peranan dan tugas yang lebih besar daripada tugas seluruh makhluk ciptaan Allah, tugas yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk-makhluk yang lain yang lebih besarsaiznya seperti gunung-ganang ,bumi ,langit dan sebagainya seperti firman Allah bermaksud:

        "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang untuk memikulnya, tetapi mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya kerana mereka tidak mempunyai kesediaan untuk memikulnya. Pada ketika itu manusia dengan persediaan yang padanya sanggup memikulnya. Ingatlah bahawa sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia suka melakukan kezaliman dan suka membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" (Al-Ahzab : 72)




                Tugas dan peranan besar yang dipikulkan Allah kepada kita sebgai khalifah Allah di muka bumi  adalah tugas kita sebagai khalifah Allah.Firman Allah yang bermaksud :
        "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi." (Al Baqarah: 30) 

                Persoalannya adakah kita telah melakukan kewajipan dan  amanah kita sebagai khalifah Allah dengan sebaiknya.? Allah telah menyatakan apakah tujuan kita hidup di atas muka bumi ini sebagai mana firman Allah dalam surah Al-Dzariyat ayat 56:
        " Ingatlah ! Aku Tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada Ku." (AL- Dzariyat : 56)
                Bagaimanakah keadaan kita pada hari ini..?Adakah ini yang kita lakukan?

 
  Perkongsian :
Nur Amirah Najwa Bt Ghazali
Pengerusi HELWANI sesi 2012/2013