Pages

Tuesday, June 5, 2012

Sirah : Kesyukuran Saidatina Maryam

Bismillahirahmanirahim,
Apabila menyebut nama saidatina Siti Maryam r.a, pastinya kita teringat tentang kisahnya yang melahirkan puteranya, Nabi Isa a.s. Namun, tahukah kita tentang latarbelakang dan kisah silam wanita yang telah dijanjikan sungai untuk mengalir dibawahnya oleh Allah s.w.t ini? Mari kita selami bersama-sama.

Bapa Saidatina Maryam r.a bernama Imran, manakala ibunya bernama Hannah binti Faqudz. Pada mulanya, Hannah tidak mempunyai seorang pun cahaya mata walaupun cahaya mata walaupun mereka telah lama berkahwin. Namun, pada suatu hari dia mimpi tentang seekor ibu burung memberi anak kecilnya makan di mulutnya, dari situ, tercetus perasaan untuk betul-betul memiliki seorang cahaya mata dalam dirinya. Dia selalu berdoa kepada Allah supaya hajatnya untuk mempunyai seorang anak termakbul, dan pada suatu hari Allahs.w.t telah memakbulkan doanya itu. Hannah juga bernazar bahawa anak yang dikandunginya itu akan dibiarkan sepenuhnya untuk beribadah dan menguruskan Baitul Maqdis.
Apabila masanya telah tiba, dia pun melahirkan bayi didalam kandungannya itu. Namun, Hannah berasa kecewa apabila mengetahui bayi yang dilahirkan itu adalah seorang perempuan. Dia berkata didalam hatinya, “Ya ALLAH s.w.t aku melahirkan anak perempuan. Dan Engkau lebih mengetahui tentang keadaan seorang perempuan. Akan tetapi, aku yakin bahawa ALLAH s.w.t. dalam menciptakan makhluk-NYA mempunyai tujuan tersendiri.” Namun, ibu mana yang tidak sayangkan anaknya, dia terus berdoa kepada Allah s.w.t memninta pertolongan dan perlindungan puterinya itu serta keturunannya dijauhi dari syaitan yang terkutuk dan menamakan bayi tersebut Maryam.
Allah s.w.tmenerima nazar Hannah sehingga puterinya membesar menjadi anak yang baik. Allah juga menjadikan Maryam seorang wanita yang wajahnya cantik dan sedap dipandang mata. Setelah berapa lama, Zakariya pula yang mengasuh Maryam kerana pada ketika itu dia telah menjadi seorang anak yatim. Zakariya merupakan suami kepada emak saudara Maryam. Maryam menjadi semakin tekun beribadah apabila umurnya semakin meningkat. Pada suatu ketika, tatkala Zakariya pergi ke tempat persendirian dimana Maryam beribadah, dia terkejut melihat adanya buah-buahan yang sepatutnya berbuah pada musim sejuk didalam biliknya sedangkan pada waktu itu adalah musim panas.
Lalu Zakariya bertanya kepada Maryam dari mana dia mendapatkan buah-buahan itu. Maryam menjawab bahawa jangan dipersoalkan rezeki yang Allah s.w.t telah berikan kerana bahawasanya ALLAH s.w.t memberikan rezeki kepada orang yang dikehendaki-NYA dengan tanpa hisab (hitungan).
Demikianlah sikap Maryam yang sentiasa bersyukur dengan apa jua yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepadanya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang hambaNya perlukan. Antara pengajaran yang kita boleh dapat dari kisah Hannah, ibu kepada Maryam serta Maryam sendiri ialah, kadangkala Allah s.w.t beri kepada kita apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita hendak. Sesungguhnya dia maha mengetahui segala sesuatu. Jadi sebagai seorang hamba yang taat kepada agamaNya, janganlah kita mengeluh andai Allah tidak memberi apa yang kita kehendaki, sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Wallahua’lam.






Judul : Sesuci Mariam
Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : NICE
http://liriknasyid.com

Hati mana yang tidak gembira
Bakal memiliki cahayamata
Penyambung zuriat keturunan
Hadir membawa bahagia

Namun dalam kegembiraan itu
Terselit duka yang meruntun kalbu
Insan yang bakal dilahir ke dunia
Tak tahu asal usulnya

Ribut pasir di gurun membara
Tak sehebat kalut di dalam jiwa
Apa jawabmu bila ditanya….
Janin yang membesar di rahimmu…siapa bapanya
Sedang dirimu yang masih suci tiada ternoda

Saidatina Mariam perawan mulia
Tabah kau hadapi dugaan melanda
Saidatina Mariam wanita solehah
Kebenaran terbukti pada yang tak bersalah

Akhlak yang terpuji dan berperibadi yang tinggi
Menjadi pakaian dan perhiasan diri
Sehingga Allah memilih rahimmu yang suci murni
Untuk menghamilkan Isa…seorang nabi

Kau solehah...


Artis : NICE
Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)
Penerbit : Nazz Music Entertainment (M) Sdn Bhd

Karya : Nurul Saadah Bt Norli 
Sahabat Iqra' & Helwani
Lujnah Penerbitan Informasi & Multimedia