Pages

Saturday, June 23, 2012

PERUTUSAN SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA/I BARU SESI 2012/2013



PERUTUSAN SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA/I BARU SESI 2012/2013

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada Mahasiswa/I baru sesi 2012/2013

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih,

Allah SWT berfirman bahawa manusia dan jin tidak akan dapat menguasai dunia dan seisinya melainkan dengan kekuasaan ilmu. (Surah Ar-Rahman, 33). Dunia telah menyaksikan dan sejarah telah membuktikan bahawa sejak zaman awal generasi manusia, ilmu memainkan peranan penting di dalam menentukan kegemilangan dan kejatuhan sesuatu tamadun. Justeru itu, Mahasiswa/I memainkan peranan penting untuk menguasai ilmu pengetahuan yang luas ini untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Mahasiswa/I merupakan aset penting kepada Negara, mahasiswa yang rata – ratanya daripada golongan muda-mudi menduduki pengajian di Universtiti pada waktu sekarang merupakan bakal-bakal pimpinan Negara pada masa akan datang, amat membanggakan keluarga, saudara dan masyarakat sendiri kerana meraka menjadi nadi kepada  sesebuah tamadun kehidupan untuk memberi sumbangan kepada modal insan yang diimpi – impikan.

Bagi mahasiswa/i yang baru mendaftar sebagai seorang mahasiswa, inilah saat yang dinanti – nantikan oleh mereka setelah penat lelahnya pada zaman persekolahan telah membuahkan hasilnya sekarang, Universiti merupakan sebuah medan latihan baru kepada adik- adik sekalian dan ia menjanjikan seribu kelainan kepada adik-adik sama ada dari sudut pembelajaran, pengajaran, tugasan seharian dan sebagainya. Kehidupan di universiti adalah gambaran sebenar kehidupan di luar yang akan menjanjikan pelbagai dugaan dan cabaran baru yang memerlukan kekuatan yang ben
ar-benar kuat untuk memastikan kita tidak akan tersilap langkah seterusnya menyebabkan kita akan terus gagal. 

 

Selain itu, sebagai mahasiswa/i yang berpendidikan tinggi, kita merupakan jurucakap kepada masyarakat di luar sana, membela nasib mereka yang tertindas, oleh itu kita haruslah cakna dan mengambil berat tentang isu-isu semasa yang berlaku di dalam Negara yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat. Sebagai mahasiswa/i juga harus menjadikan universiti ini sebagai medan latihan dan tempat untuk menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman agar suatu hari nanti kita akan menjadi seseorang yang mampu untuk menyumbang kepada masyarakat dan membela nasib mereka kerana kita adalah bakal pemimpin di masa akan datang.

Di sini juga saya selaku Presiden HELWANI mewakili pimpinan HELWANI di dalam KELAB IQRA’ ingin mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa/i sesi kali ini diperbukitan ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia semoga kehadiran adik-adik di sini dapat merancakkan lagi sistem pembelajaran dan pengajaran. Selamat menempuh ALAM UNIVERSITI dengan aura kehidupan yang lebih baik. 

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

NUR AMIRAH NAJWA BT GHAZALI
PRESIDEN
HELWANI KELAB IQRA SESI 2011/2012