UTHM,
11 Mei 2012 ,Jumaat- Persoalan hati amat sukar ditafsir malah jika disalahtafsirkan, Ia bakal mengundang seribu satu masalah.
Penampilan khas Cik Nurul Farhaini dan Puan Ziana Che Ros dalam satu perjumpaan rasmi bersama mahasiswi UTHM
yang bertemakan `Bila Hati Berbicara` sedikit sebanyak menyedarkan semula
mahasiswi berkenaan permasalahan moral yang tidak mustahil akan terjadi pada
diri mereka juga. Sentuhan jiwa dari Cik Farhaini dikukuhkan lagi dengan bicara
hati dari Puan Ziana Che Ros selaku pengetua kolej kediaman Tun Fatimah
(KKTF),yang turut memaklumkan bahawa statistik masalah moral seperti kes zina, khalwat
dan pengguguran janin di kalangan mahasiswi UTHM yang kian meningkat. Perkara
ini amat mengusarkan ibu bapa serta pihak universiti selaku `ibu bapa kedua`
setiap mahasiswa yang jauh dari kawalan keluarga mereka. Maka, wajarlah setiap
mahasiswa diberi kesedaran melalui program-program seperti ini mengenai
tanggungjawab masing-masing terhadap diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.
Perjumpaan
bersama mahasiswi UTHM seramai 58 orang dan turut disertai oleh pelajar bukan
Islam ini adalah perjumpaan yang julung kalinya untuk tahun 2012 anjuran Helwani
Kelab Iqra` UTHM. Perjumpaan tersebut berjalan dengan lancar di dewan aktiviti
KKTF pada 11 Mei 2012 bermula pukul 12.30 tengahari dan berakhir pada pukul
2.30 petang. Majlis diakhiri dengan deklamasi sajak sentuhan hati oleh saudari
Eza Fahrina serta penyampaian cenderamata oleh penganjur kepada penceramah dan hadiah bertuah bagi
peserta yang hadir.
Terima kasih yang hadir memeriahkan majlis dan membantu secara langsung & tidak langsung. Teruskan menyokong HELWANI. We love HELWANI <3
Dilaporkan Oleh :
Noor Azila Bt Johari
Timbalan Lujnah Penerbitan & Informasi Kelab Iqra' Sesi 2012/2013