DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH, MAHA
PENYAYANG
Hari Raya AidilAdha adalah hari raya
kedua terbesar dan teristimewa buat Umat Islam seluruh dunia selepas Hari Raya
Aidilfitri di Bulan Syawal. AidilAdha
dikenali sebagai Hari Raya Korban atau hari raya Haji yang di sambut pada 10,
11, 12, dan 13 Zulhijjah, kesemua hari-hari ini di panggil Hari Tasyrik. Ini bermakna Aidiladha disambut selama 3 hari
dengan dipenuhi ibadah korban dan Haji.
Aidiladha adalah perayaan yang Istimewa kerana ia
merupakan hari umat islam memperingati
kisah pengorbanan Nabi Ibrahi a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s yang sabar dalam memenuhi printah ALLAH SWT.,
sebagaimana Firman ALLAH SWT yang tercatit dalam Kalam Cinta suci ALLAH SWT di
dalam AL-Qur’an :-
Maka
ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim)
berkata, “Wahai Anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka
pikirkanlah bagaimana pendapatmu!’ Dia (Ismail) menjawab, “Wahai ayahku!
Lakukanlah apa yang diperintahkan ( Allah) kepadamu; insya Allah engkau
mendapatiku termasuk orang yang sabar.”
Maka
ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas
pelipisnya (Untuk melaksanakan perintah Allah)
[
Surah As-Saffat 37: 102-103]
Subhanallah!! Maha Suci ALLAH, sungguh
sabar Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. dengan keadaan yang
berserah diri menurut perintah ALLAH S.W.T. Nabi Ibrahim a.s memercai mimpi itu
datangnya dari ALLAH S.W.T dan wajib dilaksanakan. Ya ALLAH betapa teguhnya Iman Nabi Ibrahim a.s mari hayati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s
dalam Firman ALLAH S.W.T yang seterusnya dalam surah As-Saffat :-
Lalu
kami panggil dia, “Wahai Ibrahim!
Sesungguhnya
engkau telah membenarkan mimpi itu. Sungguh , demikianlah kami memberi balasan
kepada orang-orang yang berbuat baik.
Sesungguhnya
ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
[Surah As-Saffat 37 : 104-106]
Saat berderai Jatuh titisan air mata
suci Nabi Ibrahim a.s melihat keteguhan Iman Anaknya Nabi Ismail a.s. Dikala
itulah bermulanya sejarah Agung Erti sebuah pengorbanan. Mari kita hayati
pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam kalam Cinta suci yang
dirakam di Dalam Mukjizat Agung Nabi Muhammad s.a.w ( Al-Qur’an). Dalam Firman
Allah :-
Dan
Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar
Dan
kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) di kalangan orang-orang yang datang
kemudian,“Selamat
sejahtera bagi Ibrahim.”
[Surah As-Saffat 37 :107-109]
Setelah nyata kesabaran dan ketaatan
Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s maka ALLAH S.W.T melarang menyembelih Nabi
Ismail a.s. Untuk meneruskan Kurban, ALLAH S.W.T menggantinya dengan seekor
sembelihan (kambing). Masya ALLAH sungguh kasihnya ALLAH S.W.T terhadap Nabi
Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s dan menggantikan Qurban kepada
sembelihan kambing. Di sebalik peristiwa Islam ini, telah menjadi dasar syariat
Qurban yang dilakukan pada hari Raya Haji.
Alhamdulillah, Segala Puji Bagi ALLAH
tuhan seluruh Alam kerna mensyariatkan Ibadah Qurban kepada hamba-hambanya.
Bersama- samalah kita hayati Pengorbanan Besar Nabi Ibrahim a.s dan Ismail a.s
dalam peristiwa agung ini.
Syukur ke Hadrat Ilahi atas limpahan
Rahmat ALLAH S.W.T yang memberi kita
Nikmat dapat menyambut suasana Aidiladha di Malaysia dalam suasana yang baik.
Masih Ingatkah kita kepada saudara seIslam kita di Burma, Palestin, Syiria,
Kemboja dan lain-lain. Adakah mereka menyambut Aidiladha sama seperti yang kita
sambut di Malaysia sekarang ini. Tahukah kita, saudara- saudara seIslam kita
menyambut Aidiladha dalam keadaan yang sangat tragis sekali peperangan di
sana-sini, anak-anak kecil dibunuh, wanita –wanita yang seusia ibu kita, wanita
yang seusia kita dibunuh, di perkosa bak binatang buas keluar dari kandangnya,
anak-anak kecil yang kebuluran, penyakit wabak , tiada Rumah, Rumah di Bom, ibu
dan ayah kematian akibat di tembak oleh musuh-musuh Islam dan lain-lain. Mari
kita fikir sejenak, adakah mereka ini menyambut Aidiladha dalam sesuana yang
baik.
Akhir kalam dari kami Helwani,
mengucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha bagi semua Umat Islam.
~ Islam itu Indah jika Kita menghayati
~
Siti Hawa Binti Ahmad
Biro HELWANI Kelab Iqra' sesi 2012/2013