Pages

Monday, July 4, 2011

Suara Wanita aurat @ tak?


Ramai yang masih salah faham dan tidak yakin mengenai suara wanita samaada aurat atau tidak. Oleh yang denikian HELWANI-KI-UTHM merungkai sedikit mengenai suara ketika mana ia jadi aurat dan tidak.

TIDAK AURAT

      Suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat. Aurat dalil yang membuktikan suara wanita bukan aurat ialah hadis nabi yang bererti, “ sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: wahai seluruh kaum wanita bersedekah dan banyakkan beristighfar, sesungguhnya aku melihat majoriti ahli neraka adalah wanita. Maka berkatalah seorang wanita, “ mengapa kami menjadi majori ahli neraka ya Rasulullah?” Rasul menjawab “ wanita banyak melakukan laknat dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.” ( riwayat muslim)
Berdasarkan dalil di ats dan dalil-dalil yang lain maka pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi yang muktamad dalam Maliki, Syafie dan Hanbali menganggap suara wanita bukanlah aurat. Oleh itu wanita tidak dilarang bersuara ketika menyoal dan memberi pandangan dan saranan atau cadangan ketika dalam majlis ilmu, ketika berada di mahkhamah sebagai saksi dan membuat pengaduan, ketika memberi persetujuan atau tidak semasa ada orang masuk meminangnya.

AURAT
      Apabila seorang wanita itu tidak lagi bersuara dalam keadaan biasa tetapi dalam keadaan melunakkan dan memanjakan suaranaya, maka hukumnya dikira aurat. Sesungguhnya allah s.w.t yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut di dalam

Surah Al-Ahzab ayat 32.
Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan ) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit dihatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)’-(Al-Ahzab: 32)

   Para ulama’ tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk kecantikan-kecantikan yang tidak harus dipertontonkan dan diperdengarkan kepada lelaki bukan muhrim) tiada khilaf dalam hal ini.
Menurut Imam Qurtubi, suara yg lunak dan merdu itu akan menjadikan orang-orang lelaki munafik dan ahli maksiat.
SUMBER: Majalah AL-MUSLIMAH