PERUTUSAN PENGERUSI HELWANI SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER
SALAM IMTIHAN YA AKHI YA UKHTI!
Assalamualaikum.wbt dan salam imtihan kepada semua mahasiswa mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM). Diharap semua sentiasa berada dalam nikmat dan rahmat yang dilimpah oleh Allah SWT.InsyaAllah.
Kini, tibalah kita di penghujung semester II sesi 2010/2011 dengan ketibaan Peperiksaan Akhir pada tanggal 25 April 2011 ini. Saya mewakili kepimpinan Hal Ehwal Wanita(HELWANI) Kelab Iqra’ mengucapkan Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Semester dan ingatlah bahawa berusaha, bertawakal, dan berdoa hendaklah seiring. Peringatan juga, bukan hasilnya yang dipandang Allah, bahkan Dialah yang menentukan hasil tersebut. Yang Allah pandang adalah usaha, kerja keras serta sekuat mana yakin, doa dan tawakal kita padaNya setelah kita berusaha. Niatkan belajar kerana Allah.
Sebagaimana firmaNya;
"...kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kpd Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yg bertawakkal."(Al-Imran:159).
Jagalah hubungan kita dengan Allah dalam sepanjang kita berusaha. Kita berjaya bukan kerana usaha kita, tetapi semuanya kerana izin, rahmat & redha daripada Allah. Jangan sibuk dengan revision dan study sampaikan terlupa untuk solat dan beribadah. Ingatlah, yakinlah bahawa ilmu itu datangnya daripada Allah yang diberikanNya kepada hamba-hambaNya yang terpilih.
Sebagaimana firmanNya;
"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat."
(Al-Mujaadilah : 11)
(Al-Mujaadilah : 11)
Ilmu itu memiliki kebaikan jika setelah kita kaji secara mendalam, ianya membuatkan kita semakin takut kepada Allah. Ilmu yang semacam inilah yang kita mahukan, yang dicari dengan niat dan cara yang benar, nescaya kita akan mendapatkan manfaat darinya.
Imam Syafi'e ketika masih menuntut ilmu, pernah mengeluh kepada gurunya : "Wahai Guruku. Mengapa ilmu yang sedang aku pelajari ini susah sekali untuk memahaminya dan bahkan cepat lupa?" Gurunya menjawab ; "Ilmu itu ibarat cahaya. Ia hanya dapat menerangi gelas yang jernih dan bersih."
Ertinya, ilmu itu tidak akan menerangi hati yang keruh dan banyak maksiatnya.
Ilmu yang diberkati adalah dengan menjaga hubungan kita dengan manusia-manusia sekeliling. Ibu, ayah, keluarga, teman, sahabat, kawan-kawan dan sebagainya. Jangan kita menyakiti hati mereka dan bertindak pentingkan diri sendiri.
Ingatlah, dalam usaha untuk menuju kejayaan, doa-doa daripada insan ini juga penting buat kita. Mudah-mudahan akan lebih berkat kejayaan yang bakal kita kecapi. InsyaAllah.
Tidak lupa juga, jangan sesekali mengabaikan kesihatan. Buatlah persediaan rapi, kesihatan yang baik, beserta dengan redha dariNya sebagai peneman untuk dibawa ke dewan peperiksaan nanti.
Akhir kalam, semoga berjaya dan selamat menuju kejayaan. Mudah-mudahan redhaNya sentiasa akan ada buat kita semua.
Wallahu 'alam.
~Hope for the best and may success be on our side. No matter what happens, never let the spirit dies. Ultimately, may Allah guide all our hearts closer to truth! insyaAllah.
Allah doesn't require you to be the BEST, He just want you to do your BEST and He'll take care of the rest..insyaAllah….ALL THE BEST to all of us!~
.
Wan Amanina Wan Arifin
Pengerusi HELWANI Kelab Iqra' UTHM 2011
“SISWI PEMANGKIN TERAS KEUNGGULAN”