Antara soalan-soalan yang telah di jawab oleh Ustazah Nurul Huda Shukri
1 - Sah atau tidak jikalau bersolat dahi tertutup dengan telekung?
Jawapan- Tidak sah kerana telekung bergerak sekali ketika kita bersolat.
Yang tidak betul ialah apabila ada kain atau benda lain yang mana bila kita bersolat ianya tidak mengikut pergerakan solat kita.
2 - Bolehkah membaca niat hingga didengari oleh telinga?
Jawapan - Boleh. Bacaan dalam solat pun hendaklah sekurang-kurangnya boleh didengari oleh telinga kita sendiri
3 - Bagaimana cara nak menegur cara solat kawan ?
Jawapan - Tunjukkan cara solat kita dengan sempurna dan beritahu sebaiknya pada kawan kesan solat pada diri . Solat tidak sempurna tidak akan membentuk diri kita menjadi hamba ALLAH S.W.T yang sempurna.
4 -Bolehkah jika tidak membaca doa qunut dalam solat?
Jawapan - Solat sah walaupun tidak melakukan sujud sahwi begitu juga dengan tahiyyat awal. Jikalau tidak melakukan sujud sahwi solat tetap sah.
5- Bagaimana melakukan solat witir?
Jawapan - Solat witir boleh dilakukan samada 1 rakaat 3 dan seterusnya tetapi didalam bilangan yang ganjil. Solat witir juga boleh dilakukan 3 sekaligus atau mengikut bilangan yang lain dan juga 5 atau 7 rakaat sekaligus.