Pages

Sunday, April 24, 2011

PERUTUSAN SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

PERUTUSAN PENGERUSI HELWANI SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER




SALAM IMTIHAN YA AKHI YA UKHTI!

Assalamualaikum.wbt  dan salam imtihan kepada semua mahasiswa mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM). Diharap semua sentiasa berada dalam nikmat dan rahmat yang dilimpah oleh Allah SWT.InsyaAllah. 
Kini, tibalah kita di penghujung semester II sesi 2010/2011 dengan ketibaan Peperiksaan Akhir pada tanggal 25 April 2011 ini. Saya mewakili kepimpinan Hal Ehwal Wanita(HELWANI) Kelab Iqra’ mengucapkan Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Semester dan ingatlah bahawa berusaha, bertawakal, dan berdoa hendaklah seiring. Peringatan juga, bukan hasilnya yang dipandang Allah, bahkan Dialah yang menentukan hasil tersebut. Yang Allah pandang adalah usaha, kerja keras serta sekuat mana yakin, doa dan tawakal kita padaNya setelah kita berusaha. Niatkan belajar kerana Allah. 


Sebagaimana firmaNya;
"...kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kpd Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yg bertawakkal."(Al-Imran:159).

Jagalah hubungan kita dengan Allah dalam sepanjang kita berusaha. Kita berjaya bukan kerana usaha kita, tetapi semuanya kerana izin, rahmat & redha daripada Allah. Jangan sibuk dengan revision dan study sampaikan terlupa untuk solat dan beribadah. Ingatlah, yakinlah bahawa ilmu itu datangnya daripada Allah yang diberikanNya kepada hamba-hambaNya yang terpilih.



Sebagaimana firmanNya;

"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat." 
(Al-Mujaadilah : 11)

Ilmu itu memiliki kebaikan jika setelah kita kaji secara mendalam, ianya membuatkan kita semakin takut kepada Allah. Ilmu yang semacam inilah yang kita mahukan, yang dicari dengan niat dan cara yang benar, nescaya kita akan mendapatkan manfaat darinya.

Imam Syafi'e ketika masih menuntut ilmu, pernah mengeluh kepada gurunya : "Wahai Guruku. Mengapa ilmu yang sedang aku pelajari ini susah sekali untuk memahaminya dan bahkan cepat lupa?" Gurunya menjawab ; "Ilmu itu ibarat cahaya. Ia hanya dapat menerangi gelas yang jernih dan bersih."

Thursday, April 7, 2011

Tanyalah Ustazah ~ KFN~

Antara soalan-soalan yang telah di jawab oleh Ustazah Nurul Huda Shukri


1 - Sah atau tidak jikalau bersolat dahi tertutup dengan telekung?
Jawapan- Tidak sah kerana telekung bergerak sekali ketika kita bersolat.
Yang tidak betul ialah apabila ada kain atau benda lain yang mana bila kita bersolat ianya tidak mengikut pergerakan solat kita.

2 - Bolehkah membaca niat hingga didengari oleh telinga?
Jawapan - Boleh. Bacaan dalam solat pun hendaklah sekurang-kurangnya boleh didengari oleh telinga kita sendiri

3 - Bagaimana cara nak menegur cara solat kawan ?
Jawapan - Tunjukkan cara solat kita dengan sempurna dan beritahu sebaiknya pada kawan kesan solat pada diri . Solat tidak sempurna tidak akan membentuk diri kita menjadi hamba ALLAH S.W.T yang sempurna.

4 -Bolehkah jika tidak  membaca doa qunut dalam solat?
Jawapan - Solat sah walaupun tidak melakukan sujud sahwi begitu juga dengan tahiyyat awal. Jikalau tidak melakukan sujud sahwi solat tetap sah.

5- Bagaimana melakukan solat witir?
Jawapan - Solat witir boleh dilakukan samada 1 rakaat 3 dan seterusnya tetapi didalam bilangan yang ganjil. Solat witir juga boleh dilakukan 3 sekaligus atau mengikut bilangan yang lain dan juga 5 atau 7 rakaat sekaligus.

Nantikan KFN " Seputih Salju Selembut Sutera"



Kuliah Fiqh Nisa'(KFN) 2011


Tajuk :..."Seputih Salju, Selembut Sutera"....

Tarikh : 04 Jamadilawal 1432H ~ 08 April 2011M(Jumaat)

Masa : 12.30 tengahari

Tempat : Dewan Kuliah 1(Area PNS)

Anjuran : Hal Ehwal Wanita(HELWANI) Kelab Iqra' UTHM


Semua mahasisiwi UTHM dijemput hadir!!!...