Pages

Tuesday, March 8, 2011

PERUTUSAN PENGERUSI HELWANI SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam , selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W

8 Mac pada setiap tahun seluruh dunia menyambut Hari Wanita Sedunia  genaplah sambutan 100 tahun Hari Wanita Sedunia pada tahun ini. Sempena 100 tahun sambutan hari tersebut kali ini dengan temanya "Equal access to education, training, science and technology: Pathway to decent work for women – Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi: Laluan kerjaya terpuji untuk wanita."

Sirah telah membuktikan kehebatan seorang wanita didalam perjuangan Islam yang penuh dengan liku dan cabaran ini. Begitu tinggi  keperihatinan  para muslimah di zaman awal Islam dan tinggi cita-cita mereka. Mereka memiliki sifat cemburu dan berlumba-lumba dalam agama , ingin  mencapai darjat yang sama seperti  lelaki di sisi Allah s.w.t. 

Seperti mana penubuhan Hal Ehwal Wanita Kelab IQRA’ (Helwani KI) yang berdasarkan kepada memperjuangkan hak –hak asasi mahasiswa di bumi UTHM ini.

Firman Allah s.w.t
“Dan barang siapa yang melakukan amal soleh dari kalangan laki-laki dan wanita dalam keadaan dia beriman maka mereka akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak di zalimi sedikit pun”
                                                                                                         Surah An-Nisa’ : 24

Dengan bertemakan “Siswi Pemangkin Teras Keunggulan”pelbagai program telah dilakukan untuk memberikan ilmu yang cukup berguna kepada masyarakat siswi di kampus ini. Sepertimana penganjuran Kuliah Fiqh Nisa’ yang diadakan sebanyak  2 kali seminggu ,pelbagai masalah siswi dibincangkan di sini dengan perantaraan penceramah jemputan yang cukup hebat dan berdedikasi.

Tidak ketinggalan Road Tour College (RTC) Majlis Tertinggi Helwani bersama Biro Kerohanian dan Etika beberapa Kolej Kediaman di kampus demi untuk mengetahui permasalahan yang timbul di kalangan mahasiswi kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 

Di sini saya mewakili semua Majlis Tertinggi Helwani Kelab IQRA’ UTHM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita kepada semua insan yang bergelar seorang muslimah.

 
Hamba Allah s.w.t
Wan Amanina bt Wan Arifin
Pengerusi Hal Ehwal Wanita /Timb Presiden 1 Kelab IQRA’
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia