Pages

Friday, March 18, 2011

Kecantikan Seorang Wanita


Bagai irama dan lagu, wanita dan dunia kecantikan tidak boleh dipisahkan. Tampil dengan wajah yang kemas, cantik, dan menarik memang menjadi salah satu trend masa kini. Pesona wanita sejak dahulu hingga sekarang sebetulnya tidak pernah berkurang atau bertambah. Cuma bezanya pada zaman sekarang peranan wanita lebih bervariasi dalam pola kehidupan masyarakat, membuat wanita semakin menonjol untuk dibicarakan dan dibahas terutama oleh kaum lelaki.

Apabila berbicara tentang wanita, pastinya tidak terlepas daripada membahaskan soal penampilan dan kecantikan. Wanita cantik lazimnya menjadi idola, tarikan, kekaguman kepada sesiapa sahaja. Walaupun begitu dari abad ke abad, dari zaman kecantikan khas Nefertiti (permaisuri Firaun), Cleoopatra, Ratu Balqis dan ramai lagi hinggalah ke zaman yang serba moden ini, wanita selalu dianggap sebagai makhluk yang menyimpan berjuta misteri, terkadang terlihat menarik untuk diraih, namun sukar untuk ditakluk.

Tuesday, March 8, 2011

PERUTUSAN PENGERUSI HELWANI SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam , selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W

8 Mac pada setiap tahun seluruh dunia menyambut Hari Wanita Sedunia  genaplah sambutan 100 tahun Hari Wanita Sedunia pada tahun ini. Sempena 100 tahun sambutan hari tersebut kali ini dengan temanya "Equal access to education, training, science and technology: Pathway to decent work for women – Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi: Laluan kerjaya terpuji untuk wanita."

Sirah telah membuktikan kehebatan seorang wanita didalam perjuangan Islam yang penuh dengan liku dan cabaran ini. Begitu tinggi  keperihatinan  para muslimah di zaman awal Islam dan tinggi cita-cita mereka. Mereka memiliki sifat cemburu dan berlumba-lumba dalam agama , ingin  mencapai darjat yang sama seperti  lelaki di sisi Allah s.w.t.