Assalamualaikum. w.b.t
Alhamdunillah, syukur atas nikmat iman dan Islam yg
telah Allah s.w.t telah berikan kepada hamba-hambaNYA yang terpilih.
Buat warga UTHM & semua pembaca.
Perkongsian saya di atas jalan dakwah ini kerana semuanya
adalah kehendak Allah s.w.t.
Nusrah Allah (Pertolongan Allah)
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah Taala berfirman: " Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan
Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam
dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku
dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan
makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka
Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan
mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku
akan datang kepadanya dengan berlari.
(Hadis dari Abu Hurairah ra, Shahih
Muslim No.4832).
Pernahkan kita mendengar hadith tersebut?
Lalu bagaimana usaha kita untuk mendekatkan diri kepada
Allah.
Contohnya, cuba kita teliti atau semak diari kehidupan
kita, lebih-lebih lagi kehidupan sebagai mahasiswi dan daie Allah. Kalau
diikutkan memang tak cukup masa yang diperuntukkan kepada kita selama 24 jam
itu.
Tapi, bagaimana pengurusan masa seseorang mahasiswi tersebut dalam pada
masa yang sama sebagai daie Allah.Walaupun sudah merancang untuk melaksanakan tugasan kita
dengan sebaiknya seharian itu, tetapi ada sahaja yang tidak sempat kita
laksanakan. Masya-Allah…
Tapi jika kita mendatangi atau mendekatkan diri kita
pada Allah, insya-Allah pastinya Allah mudahkan urusan kita pada hari itu.
Subhnallah…
Contohnya, membaca Surah Yasin seusai solat subuh,
membaca Al-Mathurat dan membaca kalam Allah dalam Quran insya-Allah pastinya
Allah permudahkan urusan kita.
Seperkara lagi, ucapkanalah syukur, syukur kepada Allah
bahawa Dia ingat akan kita berbanding hamba-hambaNya yang lain. Istimewanya
kita pada hari tersebut, Dia mudahkan segalanya buat kita. Alhamdulillah…
Marilah sahabat-sahabat, saya yang masih dalam proses
mencari ilmu ini berusaha untuk mengajak kalian ke arah kebaikan. Jom kita
sama-sama berusaha mendekatkan diri kita pada Allah, insya-Allah..
Wallahua’alam…
Nukilan :
Nur Liyana Bt Jamil
Timbalan Pengerusi HELWANI Kelab Iqra UTHM sesi 2012/2013