Pertama dan selamanya, Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi nikmat kehidupan di bumi naungan Allah S.W.T sehingga saat ini.
Tinta HELWANI ini ditujukan khas kepada mahasiswa/i UTHM khususnya yang beragama Islam sebagai peringatan kita bersama.InsyaAllah.
Bulan Februari merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh pasangan-pasangan yang sedang dilamun cinta.Tanggal 14 Februari pada setiap tahun adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh mereka iaitu Perayaan Hari Kekasih atau ‘Valentine’s Day’ iaitu perayaan hari berkasih sayang yang mana adalah saat yang paling tepat untuk mengungkap perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai dan dikasihi. Disedari bahawa perayaan ini telah mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda sekarang.Hal ini adalah kerana kesan daripada budaya asing yang masuk dari berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun media elektronik.Tapi sedar atau tidak mereka terhadap sejarah disebalik perayaan tersebut.Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda pada hari ini hanya mengikut sahaja apa yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama ada ‘Valentine’s Day’ wajar disambut ataupun tidak.
Kendatipun pada hakikatnya, ‘Valentine’s Day’ mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran kristian. Oleh hal yang demikian, memang tidak dinafikan lagi budaya dan amalan meraikan ‘Valentine’s Day’ adalah dilarang sama sekali oleh agama IslamISLAM sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan AKIDAH ISLAM, pelaksanaan IBADAH, MUAMALAH dan AKHLAK serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadahan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud
“Katakanlah(wahai Muhammad): Hai orang kafir,Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah(Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kau beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara akau beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agama aku.” (Surah Al-Kafirun ayat-6)
Konklusinya,budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama ISLAM. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat adalah bercanggah dan DILARANG oleh ISLAM. Di dalam ISLAM, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan hanya pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mutiara kata untuk direnungkan bersama:
“Jika hati sejernih AIR, jangan biar ia KERUH; jika hati SEPUTIH AWAN, jangan biar ia MENDUNG; jika HATI seindah BULAN, hiasilah ia dengan IMAN dan TAQWA”.
-------Say ‘NO’ to Valentine Day’s-------
‘SISWI PEMANGKIN TERAS KEUNGGULAN’
Wan Amanina Wan Arifin
Pengerusi HELWANI Kelab Iqra' UTHM 2011