Pages

Friday, October 26, 2012

Kesyukuran di Hari Raya Aidiladha


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG

Hari Raya AidilAdha adalah hari raya kedua terbesar dan teristimewa buat Umat Islam seluruh dunia selepas Hari Raya Aidilfitri di Bulan Syawal.  AidilAdha dikenali sebagai Hari Raya Korban atau hari raya Haji yang di sambut pada 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah, kesemua hari-hari ini di panggil Hari Tasyrik.  Ini bermakna Aidiladha disambut selama 3 hari dengan dipenuhi ibadah korban dan Haji.


Aidiladha  adalah perayaan yang Istimewa kerana ia merupakan hari umat islam memperingati  kisah pengorbanan Nabi Ibrahi a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s  yang sabar dalam memenuhi printah ALLAH SWT., sebagaimana  Firman ALLAH SWT yang  tercatit dalam Kalam Cinta suci ALLAH SWT di dalam AL-Qur’an :-

Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, “Wahai Anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah bagaimana pendapatmu!’ Dia (Ismail) menjawab, “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan ( Allah) kepadamu; insya Allah engkau mendapatiku termasuk orang yang sabar.”
Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya (Untuk melaksanakan perintah Allah)
                              [ Surah As-Saffat 37: 102-103]

Subhanallah!! Maha Suci ALLAH, sungguh sabar Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. dengan keadaan yang berserah diri menurut perintah ALLAH S.W.T. Nabi Ibrahim a.s memercai mimpi itu datangnya dari ALLAH S.W.T dan wajib dilaksanakan. Ya ALLAH betapa teguhnya Iman Nabi Ibrahim a.s mari hayati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam Firman ALLAH S.W.T yang seterusnya dalam surah As-Saffat :-

Lalu kami panggil dia, “Wahai Ibrahim!
Sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu. Sungguh , demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
                              [Surah As-Saffat 37 : 104-106]

Saat berderai Jatuh titisan air mata suci Nabi Ibrahim a.s melihat keteguhan Iman Anaknya Nabi Ismail a.s. Dikala itulah bermulanya sejarah Agung Erti sebuah pengorbanan. Mari kita hayati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam kalam Cinta suci yang dirakam di Dalam Mukjizat Agung Nabi Muhammad s.a.w ( Al-Qur’an). Dalam Firman Allah :-

Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar
Dan kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) di kalangan orang-orang yang datang kemudian,“Selamat sejahtera bagi Ibrahim.”
                              [Surah As-Saffat 37 :107-109]

Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s maka ALLAH S.W.T melarang menyembelih Nabi Ismail a.s. Untuk meneruskan Kurban, ALLAH S.W.T menggantinya dengan seekor sembelihan (kambing). Masya ALLAH sungguh kasihnya ALLAH S.W.T terhadap Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s dan menggantikan Qurban kepada sembelihan kambing. Di sebalik peristiwa Islam ini, telah menjadi dasar syariat Qurban yang dilakukan pada hari Raya Haji.

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi ALLAH tuhan seluruh Alam kerna mensyariatkan Ibadah Qurban kepada hamba-hambanya. Bersama- samalah kita hayati Pengorbanan Besar Nabi Ibrahim a.s dan Ismail a.s dalam peristiwa agung ini.

Syukur ke Hadrat Ilahi atas limpahan Rahmat  ALLAH S.W.T yang memberi kita Nikmat dapat menyambut suasana Aidiladha di Malaysia dalam suasana yang baik. Masih Ingatkah kita kepada saudara seIslam kita di Burma, Palestin, Syiria, Kemboja dan lain-lain. Adakah mereka menyambut Aidiladha sama seperti yang kita sambut di Malaysia sekarang ini. Tahukah kita, saudara- saudara seIslam kita menyambut Aidiladha dalam keadaan yang sangat tragis sekali peperangan di sana-sini, anak-anak kecil dibunuh, wanita –wanita yang seusia ibu kita, wanita yang seusia kita dibunuh, di perkosa bak binatang buas keluar dari kandangnya, anak-anak kecil yang kebuluran, penyakit wabak , tiada Rumah, Rumah di Bom, ibu dan ayah kematian akibat di tembak oleh musuh-musuh Islam dan lain-lain. Mari kita fikir sejenak, adakah mereka ini menyambut Aidiladha dalam sesuana yang baik.

 Wahai saudara dan saudari sekalian, marilah kita panjatkan kesyukuran ke Hadrat Ilahi, atas keniQmatan yang kita perolehi ini, nikmat kesihatan, nikmat harta, dan lain-lain lagi yang di karunia oleh ALLAH S.W.T. wahai saudara dan saudari seIslamku, marilah kita sama-sama berdo’a kepada ALLAH S.W.T agar saudara-saudara kita selamat dan sihat serta dapat menyambut Aidiladha dalam keadaan yang baik. ALLAHUMMA AMIN.
Akhir kalam dari kami Helwani, mengucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha bagi semua Umat Islam.
~ Islam itu Indah jika Kita menghayati ~

Siti Hawa Binti Ahmad
Biro HELWANI Kelab Iqra' sesi 2012/2013