Untuk
Berjaya,
Anda MESTI Buat 2 Perkara!
Anda MESTI Buat 2 Perkara!
Musim peperiksaan datang lagi pada bulan 1
ini, demam exam mula menyerang. Untuk sahabat-sahabat di luar sana,
teruskan usaha anda dalam menelaah pelajaran, jangan sekali-kali berputus asa.
Teringatku dengan kata-kata ustaz Ruslami ketika program Munajat Perdana
baru-baru ini, yang wajib adalah IKHTIAR, lepas itu, barulah tawakkal sebab
kejayaan itu, Allah S.W.T juga yang tentukan. Pepatah mengatakan kejayaan tidak
datang bergolek, tetapi kejayaan datang hasil daripada usaha dan tawakkal kita
kepada Allah S.W.T.
Jadi ,di sini aku ingin kongsikan
sedikit pengalaman orang yang telah berjaya. Paul Getty, seorang bilionaire
minyak Amerika Syarikat.
Menurutnya, untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara:
Pertama: TETAPKAN
SATU MATLAMAT BESAR
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!
Nasihat dan saranan ini amat berguna kerana ianya
datang daripada seorang yang amat berjaya dalam perniagaannya. Paul Getty
membuat kesimpulan ini berdasarkan pengalamannya sebagai seorang usahawan yang
bermula sejak dari peringkat bawah hinggalah menjadi seorang bilionaire minyak.
Sebelum mencapai kejayaan, beliau terpaksa
menghadapi pelbagai dugaan yang amat mencabar. Namun, wawasannya yang besar
serta semangat beraninya yang begitu tinggi menjadi asas pemacu utama kejayaan
Paul Getty. Beliau tidak mengenal erti putus asa. Pelbagai kata-kata negatif
dilemparkan kepadanya supaya memberhentikan sahaja usahanya yang banyak
mengalami kegagalan. Namun, semangat wajanya tetap utuh.
Mencari telaga minyak bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi
ianya melibatkan usaha pencarian dan penggalian yang memerlukan teknologi yang
tinggi dan semangat jitu. Pada masa itu, teknologi pencarian dan penggalian
minyak masih agak primitif. Namun, semangat menyala-nyala beliau yang sukar
dipadamkan, serta keberanian, usaha gigih dan keyakinannya yang begitu tinggi
akhirnya membawa kejayaan besar kepada Paul Getty dalam bidang perniagaan.
Beliau juga telah
meluaskan operasi perniagaannya dengan menjadi pengimport minyak dari
negara-negara Timur Tengah. Pengluasan perniagaannya dari segi geografi juga
adalah selaras dengan wawasan besar dan semangat berani beliau.
Daripada cebisan kisah hidup Paul Getty ini dapatlah
kita simpulkan bahawa:
- Kejayaan tidak akan tercapai jika kita hanya mengharapkan nasib.
- Untuk mencapai kejayaan, matlamat kita mestilah jelas; berani
mencapainya dengan usaha yang tidak mengenal erti penat lelah dan putus
asa.
Matlamat jitu merupakan asas dan kompas
menjana kejayaan. Ianya merupakan tunjang pendorong, agar kita tidak mengenal
erti putus asa, kecewa dan malas berusaha. Kejayaan dan kesenangan hidup hanya
dapat dicapai melalui keberanian dan usaha gigih. Jadi, kita mesti ada ‘target’
untuk mendapat keputusan yang flying
colours. Good Luck sahabat-sahabat...