Pages

Thursday, January 27, 2011

Gong Xi Fa Cai


Kepimpinan HELWANI-KI UTHM mengucapkan selamat tahun baru cina kepada seluruh warga UTHM umumnya dan mahasiswa/i tionghua khususnya di bumi UTHM serta seluruh rakyat Malaysia... Berhati-hati di jalan raya kepada sesiapa yang akan pulang ke kampung.

Saturday, January 22, 2011

KEPIMPINAN HAL EHWAL WANITA (HELWANI) KI UTHM

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab IQRA' UTHM kali ke 12

Kepimpinan Hal Ehwal Wanita Kelab IQRA' UTHM

Pengerusi : Saudari Wan Amanina binti Wan Arifin

Timb Pengerusi :Saudari  Rosmah binti  Sharkawi

Bendahari :Saudari Nurul Fatihah binti Sidek

Setiausaha : Saudari Siti Radziah binti Liwan

Unit Kebajikan dan Pengaduan :Saudari Rosidah binti Mohd Radzi

Unit Penyelarasan Program : Saudari Siti Roslinda binti Abd Aziz @ Achit

Unit Publisiti dan Penerbitan : Saudari Noor Azila binti Johari

Wednesday, January 19, 2011

Bas Untuk Wanita Diteruskan kerana Dapat Sokongan yang Ramai

Ucapan Tahniah dab syabas juga daripada HELWANI KELAB IQRA UTHM kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana dapat meneruskan usaha perkhidmatan bas untuk wanita sahaja. Salah satu usaha atau cara untuk mengelakkan daripada berlakukanya gangguan seksual terhadap wanita-wanita. Semoga langkah ini berterusan dan diharap dapat diwar-warkan kepada semua rakyat Malaysia tentang perubahan tersebut. Langkah ini dapat memberi faedah yang baik kepada pengguna dan mlahan juga kepada perkhidmatan bas RapidKL. Perkhidmatan bas untuk wanita ini juga boleh dipertingkat dan diperbaiki lagi untuk kebaikan seluruh masyarakat.



KHIDMAT BAS WANITA DILANCAR

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
muzdalifah.mustapha@utusan.com


KUALA LUMPUR 17 Jan. – Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk golongan wanita dilancarkan secara rasmi hari ini meliputi 15 laluan iaitu lapan laluan baru dan tujuh laluan yang diperkenalkan dalam tempoh percubaan bulan lepas.

Hasil tempoh percubaan itu, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) yang bertanggungjawab ke atas RapidKL menerima sebanyak 94 peratus sokongan daripada responden supaya perkhidmatan bas itu diteruskan dan diperluaskan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melancarkan perkhidmatan bas itu mengucapkan tahniah dan syabas kepada Prasarana dan RapidKL kerana membantu kerajaan mewujudkan persekitaran mesra untuk wanita.

‘‘Ini adalah usaha penambahbaikan bagi isu keselamatan untuk wanita dan paling utama memberi ruang kepada golongan wanita untuk merasa selesa ketika berada di dalam bas terutama semasa waktu puncak.

‘‘Selama ini, wanita terpaksa berhimpit-himpit dengan golongan bapa di dalam bas dan itu boleh menyebabkan wanita berasa kurang selesa dan tidak selamat,’’ katanya selepas melancarkan perkhidmatan Rapid Bas Wanita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini .

Shahrizat berkata, kementerian berharap perkhidmatan bas tersebut akan diperluaskan lagi ke kawasan-kawasan lain dan langkah ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa isu keselamatan wanita adalah penting.

‘‘Bagaimanapun kita tetap memberi pilihan kepada golongan wanita untuk menggunakan perkhidmatan bas wanita sahaja atau bas biasa. Namun, saya rasa usaha RapidKL ini adalah langkah terbaik,’’ kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Prasarana, Tan Sri Izuddin Dali ketika ditemui berkata, berikutan sambutan yang menggalakkan ketika tempoh percubaan, pihaknya akan menambah lapan laluan baru selain tujuh laluan sedia ada.

‘‘Pihak syarikat menyediakan laluan pada waktu pagi dan petang iaitu khusus ketika waktu puncak. Waktu yang ditetapkan adalah 6.30 pagi hingga 7.45 pagi serta 4.30 petang hingga 6 petang,’’ katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kumpulan Bas Prasarana, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata, walaupun perkhidmatan bas itu khusus untuk wanita, kanak-kanak lelaki di bawah umur 12 tahun dibenarkan menaikinya dengan ditemani oleh saudara perempuan.

‘‘Bagi memudahkan pengguna membezakan bas wanita daripada perkhidmatan biasa, syarikat menyediakan ikon Rapid Bas Wanita di bahagian cermin hadapan, pintu tingkap serta paparan skrin LED pada bas tersebut,’’ ujarnya.


: UTUSAN ONLINE


Monday, January 17, 2011

SEMPENA MESYUARAT AGUNG KE 12


Kenangan Sepanjang Zaman
" Kuliah Fiqh Nisa'-Aku Terima Nikahnya"

Nantikan Mesyuarat Agung Kelab IQRA' UTHM kali ke 12 

Sunday, January 16, 2011

Nantikan AGM Kelab Iqra... 22 JANUARI 2011


Semua mahasiswa dan mahasiswi UTHM dijemput hadir.
Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program AGM Kelab Iqra UTHM.

Thursday, January 13, 2011

Motivasikan Diri Di Waktu Pagi



Assalamualaikum...
Perkongsian pagi untuk kita sama-sama ambil dan amalkan. Gunakan sedikit masa anda pada waktu pagi untuk kita motivasikan diri sebelum memulakan pagi anda dengan penuh ceria dan bersemangat.

Apa yang perlu dilakukan pada waktu pagi?

1. Bersyukur
Luahkan rasa syukur kerana masih lagi diberi peluang bernafas di muka Bumi milikNya.

2. Bermotivasi
Berniat untuk ada rasa bersemangat dengan membaca sedikit mengenai motivasi.

3.Dekatkan diri dengan motivasi
Mendengar sesi motivasi pagi di radio atau televiseyen seperti di radio IKIM.
Sentiasalah mendengar motivasi kerana motivasi ade turun dan naiknya.

4.Mulakan semua perkara dengan Bismillah
Perkara yang dimulakan dengan bismillah akan dijauhi oleh syaitan dan akan diberkati. Masuklah ke kelas atau kuliah dengan niat yang betul di samping memulakan semua perkara dengan bismillah, insyaALLAH kecemerlangan akan kita gengami.

5.Set apa yang ingin dicapai.
Kita ada matlamat yang kita nak capai seperti dalam seminggu kita perlu ulangkaji berapa lama, subjek apa perlu ulangkaji dan sebagainya dan lebih baik kalau setkan setipa hari.

6.Biarkan Hati sentiasa dalam kemaafan
Maafkan semua orang di waktu pagi dan jangan memendam rasa, luahkan.
Sifat maaf akan menghilangkan emosi-emosi negatif dalam diri seterusnya emosi positif akan menguasai kerana emosi positif sangat penting untuk motivasi diri.

Selamat mencuba dan beramal.
Berani untuk lakukan perubahan. Anda bila lagi?

Saturday, January 8, 2011

2011... HELWANI


Salam 2011..

Alhamdulillah, HELWANI di tahun baru masih lagi meneruskan perjuangan di sini. Diharapkan tahun baru kali ini HELWANI akan terus proaktif untuk menjalankan program, lebih-lebih lagi kepada wanita.

Terima kasih kepada semua yang telah menyokong HELWANI, sokongan anda amat berharga buat kami untuk tetap istiqamah dalam perjuangan. Teruskan menyokong dan berdoa agar perjuangan HELWANI tetap teguh dan tetap di hati anda semua.