Pages

Tuesday, October 11, 2011

KFN " Aku Cantik Aku Solehah" mendapat sambutan



Alhamdunillah Kuliah Fiqh Nisa' (KFN) baru-baru ini berlangsung dengan jayanya. Ramai pelajar perempuan dan juga pensyarah yang hadir, untuk mendengarkan, kuliah dari Ustazah Nurul Huda.




                             Kehadiran yang ramai sehingga ada yang tidak dapat duduk di kerusi.



                                      Pelbagai persoalan yang ditanya dan dijawab oleh ustaah mengenai wanita.

           Timbalan Helwani Kelab Iqra' memberi cenderahati penghargaan kepada Ustazah Nurul Huda.

Tahniah dan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan KFN kali ini.

Tuesday, August 16, 2011

Peristiwa bersejarah Ramadhan : Nuzul Al-Quran



   Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran

   Tahap pertama diturunkan dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia pada Lailatul Qodar secara langsung, tahap selanjutnya, diturunkan dari langit dunia ke kehidupan manusia secara bertahap selama 23 tahun, yang diawali pada 17 Ramadhan di Gua Hira'. Inilah pendapat Ibnu Abbas. Dengan demikian antara dua ayat ini tidak ada pertentangan sama seklai, justeru saling mendukung antara dua informasi dari Al-Quran sendiri, tentang turunnya pada Lailatul Qada dan 17 Ramadhan.

Allah SWT berfirman,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)

Saturday, July 30, 2011

PERUTUSAN RAMADAN 1432H OLEH PENGERUSI HELWANI




PERUTUSAN RAMADAN OLEH PENGERUSI HELWANI KELAB IQRA' UTHM

Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

            Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kita bakal menempuhi bulan barakah iaitu Ramadhan Al-Mubarak yang tidak lama lagi akan kunjung tiba. Sama-sama lah kita panjatkan doa supaya kesempatan ini menjadi milik kita semua umat Islam bagi bertemu lagi ramadhan. Rasulullah seringkali berdoa: "Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan panjangkan umur kami sehingga bertemu dengan Ramadhan.”

Menurut ayat suci al-quran:
 “ Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa ”.
(al-Baqarah: 183)

Monday, July 4, 2011

Suara Wanita aurat @ tak?


Ramai yang masih salah faham dan tidak yakin mengenai suara wanita samaada aurat atau tidak. Oleh yang denikian HELWANI-KI-UTHM merungkai sedikit mengenai suara ketika mana ia jadi aurat dan tidak.

TIDAK AURAT

      Suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat. Aurat dalil yang membuktikan suara wanita bukan aurat ialah hadis nabi yang bererti, “ sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: wahai seluruh kaum wanita bersedekah dan banyakkan beristighfar, sesungguhnya aku melihat majoriti ahli neraka adalah wanita. Maka berkatalah seorang wanita, “ mengapa kami menjadi majori ahli neraka ya Rasulullah?” Rasul menjawab “ wanita banyak melakukan laknat dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.” ( riwayat muslim)

Saturday, June 25, 2011

Senandung Al-Fatihah tanda permulaan KFN sem ini


Tahniah dan terima kasih kepada yang terlibat dan menjayakan program Senandung Al-FAtihah. Manfaatkan ilmu yang diperolehi dan cuba juga untuk amalkan. Semoga sahabat-sahabat dan adik-adik istiqamah. Pastikan anda semua datang pada KFN akan datang. Nantikan ya! dengan tajuk dan pengisian lebih menarik.

Untuk dapatkan lebih maklumat mengenai HELWANI-KI UTHM dan Kuliah Fiqh Nisa' (KFN) sila layari Facebook Kami. http://www.facebook.com/profile.php?id=100001958700540 (HELWANI)

Thursday, May 19, 2011

Selamat Bercuti


Sabda Rasulullah S.A.W.....
“ Rebutlah lima perkara
sebelum datangnya lima perkara”

“ Pertama : masa sihat sebelum sakit.
...Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
Keempat: masa mudamu sebelum datang masa tua dan
kelima: masa hidup sebelum tiba masa mati.”
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

selamat bercuti kepada semua warga UTHM.. manfaatkan masa cuti dengan perkara berfaedah.